It's me.. Juz me... Only me!

If you don't like my words, don't listen.
If you don't like my appearance, don't look.
If you don't like my actions, turn your head.
It's as simple as that.

A wife to a loving husband. A mum to a adorable daughters. A daughter to such a caring parents. A good friend to a good people. Homechef that cook like nobody business.

~I’M NOBODY.. but nobody perfect. So, I’mPERFECT!

My Love's Path

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 28, 2016

From My Kitchen : IKEA Sweedish Meatball



Jumaat lepas kakak cleaner kat ofis ni bagi meatball kat aku.
Dia buat sendiri meatball tu untuk buat bakso. So sebab aku malas nak buat bakso, aku buat sweedish meatball ala-ala macam kat Ikea tu. Gigih okeh!

Lagipun aku dah lama tak update entry From My Kitchen.
Nampak bebenor teman ni maleh nak buat resepi baru.
Hari-hari duk ulang masak menu yang sama je.

Meh nengok resepi.

Bahan-bahan kuah :

(Sebab meatball orang sedekah, so jangan tanya aku macamana nak buat homemade meatball. Nanti rajin aku tanya kakak cleaner tu)

  • 1 biji bawang holland (diced)
  • 1 tin button mushroom (hiris)
  • 3 sb butter
  • 3 sb tepung gandum
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 cawan stock sayur
  • 1 cawan susu
  • 2 sb mayonis (ni aku saja-saja letak)
  • kicap manis / sos tiram / garam secukup rasa
  • 1 sk black pepper
  • 500g meatball (orang cakap meatball abang Ramly sedap. Orang yang cakap. Aku tak cakap yee.. Kau try la..)

Sayur :

  • broccoli*
  • carrot*
  • salad
  • tomato
*potong sayur ikut suka kau. Pastu rebus sekejap, jangan lama sangat, nanti lembik. Simpan stock sayur.


Cara memasak :

  • Rebus sayur (broccoli & carrot - lebih kurang 3 ke 4 minit), simpan stock sayur
  • Panaskan butter, goreng meatball sehingga garing. Nak bakar pun boleh. Terpulang la kau nak buat macamana. Kau yang nak makan.
  • Baki minyak butter goreng meatball tu, kau guna untuk buat gravy dia. So akan ada rasa lemak-lemak daging kat situ.
  • Tumis bawang holland sampai kekuningan.
  • Masukkan button mushroom, tumis sampai layu.
  • Masukkan tepung gandum, kacau sampai sedikit garing.
  • Masukkan stock sayur, kiub ayam.
  • Perisakan dengan kicap manis, sos tiram, black pepper yang ditumbuk halus dan garam. Kuantiti kicap tu ikut kau la nak banyak mana. Asalkan kaler gravy tu sesedap mata memandang.
  • Bila gravy dah masak, kau biarkan sejuk sekejap. Kau pegi la main kendi keraih dulu. Naikkan level kau yang tak gerak-gerak tu. Nanti bila gravy dah sejuk, kau datang sini balik.
  • Pastu blend gravy sampai halus. Then masak balik dan campur susu dan mayonis untuk rasa lemak-lemak susu ibu gituh..
  • Ok dah siap. Kau pegi hias cantik-cantik. Baru semangat anak dan laki kau nak makan.
  • Kalau taknak guna fries, kau boleh guna mashed potato. Aku malas nak rebus kentang, so aku goreng fries je.

Ok, setel satu menu.
Sambung balik main kendi keraih level 1475.



No comments :